Queenie Ting dan Dylan Leo raih emas buat Sarawak

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
GAMBAR dari kiri, Jonathan Nyepa, Dylan Leo Saran Stephen, Dexter Bedie.

PETRA JAYA: Kontinjen Sarawak membuka tirai saingan olahraga Sukan Borneo 2025 dengan cemerlang apabila meraih dua pingat emas pada acara akhir yang berlangsung pagi tadi.

Emas pertama disumbangkan oleh ratu lempar cakera, Queenie Ting Kung Ni, selepas melakukan balingan sejauh 49.77 meter, sekali gus menewaskan dua lagi rakan sepasukan, Fatin Shazlina Jonnie (32.80m) dan Ng Jin Jun (30.00m) yang masing-masing membawa pulang perak dan gangsa. 

RAJA PECUT… Dylan Leo Saran Stephen muncul sebagai raja pecut Temasya Sukan Borneo selepas menjuarai acara 100 meter lelaki.

Kejayaan itu menyaksikan podium acara lempar cakera wanita dibolot sepenuhnya oleh Sarawak.

Tidak lama kemudian, emas kedua hadir menerusi acara tumpuan 100 meter lelaki apabila pelari sensasi tuan rumah, Dylan Leo Saran Stephen, menamatkan larian dengan catatan masa 10.67 saat. 

Pingat perak turut menjadi milik Sarawak melalui Jonathan Nyepa (10.70s), manakala gangsa disambar atlet Sabah, Dexter Bedie(10.87s).

Satu lagi wakil Sarawak, Phelbian Bunyat anak Peter Ngumbang, menamatkan perlumbaan di tempat keempat dengan masa 10.99s, menambahkan lagi kilauan pencapaian pasukan olahraga negeri itu.

Oleh Shahrul Qaizat/Amanda. L

Bilic kembali teraju Croatia

ZAGREB, Croatia: Slaven Bilic kembali dilantik sebagai ketua jurulatih Croatia, umum Persekutuan Bola Sepak Croatia (HNS) hari ini, bagi menggantikan