Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Eze sumbat gol sulung bersama Arsenal, mara ke pusingan keempat Piala Liga
  • SUKAN

Eze sumbat gol sulung bersama Arsenal, mara ke pusingan keempat Piala Liga

Utusan Sarawak 4 days ago

Eze meraikan jaringan. Foto AFP

LONDON: Eberechi Eze meledak gol pertamanya bersama Arsenal ketika The Gunners menewaskan Port Vale 2-0 untuk mara ke pusingan keempat Piala Liga, bersama-sama Manchester City, Tottenham dan Newcastle, awal pagi tadi.

Pengendali Arsenal, Mikel Arteta berpeluang mempamerkan kekuatan barisan pemainnya apabila Eze, Bukayo Saka dan Gabriel Martinelli termasuk antara sembilan pertukaran ketika mereka seri 1-1 menentang Manchester City, Ahad lalu.

Eze mempamerkan permulaan mengagumkan selepas berhijrah dari Crystal Palace bulan lalu dengan nilai perpindahan yang boleh mencecah £68 juta (RM398 juta).

Pemain antarabangsa England itu menyempurnakan hantaran flick Myles Lewis-Skelly untuk menghadiahkan Arsenal permulaan sempurna seawal minit kelapan.

“Saya sudah lama menunggu untuk menjaringkan gol buat kelab ini dan gol pertama ini memang sangat istimewa,” kata Eze yang pernah dilepaskan Arsenal ketika zaman remaja.

Bagaimanapun, skuad pelawat gagal menambah jaringan meskipun mendominasi permainan.

Devante Cole, anak kepada bekas penyerang Manchester United, Andy Cole, hampir menyamakan kedudukan buat Vale apabila percubaannya sedikit melewati palang gol.

Leandro Trossard akhirnya memastikan kemenangan Arsenal dengan penyudah kencang dan tepat ke penjuru gol lima minit sebelum tamat perlawanan yang menyaksikan Arsenal akan menentang Brighton di pusingan seterusnya.

Sementara itu, Phil Foden menjadi watak penting buat City dengan satu gol dan satu bantuan jaringan ketika menewaskan Huddersfield 2-0.

Foden menunjukkan tanda-tanda kembali ke prestasi terbaik yang pernah melayakkannya dipilih sebagai Pemain Terbaik Liga Perdana dua musim lalu.

Pemain tengah England itu melepaskan rembatan rendah tepat ke sasaran untuk membuka jaringan selepas 18 minit.

Erling Haaland pula direhatkan selepas Pep Guardiola turut melakukan sembilan pertukaran pemain. – AFP

Continue Reading

Previous: Sami Hyypia berkongsi rutin yang menjadikannya legenda Liverpool
Next: Tiga sekolah pedalaman berentap di MSSR Sub Zon Pa’a Ke-15

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.