Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Doris serah cek berjumlah RM400,400 kepada 41 penerima
  • TEMPATAN

Doris serah cek berjumlah RM400,400 kepada 41 penerima

Utusan Sarawak 3 days ago

DATO’ Sri Doris Sophia Brodie menyampaikan cek kepada 41 penerima yang berjumlah RM400,400 keseluruhan. Foto: Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Aman

SIMANGGANG: Sejumlah RM400,400 disalurkan kepada 41 penerima pada majlis Penyerahan Cek oleh Ahli Parlimen Sri Aman, Dato’ Sri Doris Sophia Brodie, yang berlangsung di sebuah hotel di sini petang tadi.

Daripada jumlah tersebut, 13 cek adalah melalui Peruntukan Khas, manakala 31 cek lagi disalurkan menerusi geran pemberian langsung beliau bagi memenuhi keperluan pelbagai pihak di kawasan Parlimen Sri Aman.

DATO’ Sri Doris Sophia Brodie menyampaikan cek kepada 41 penerima yang berjumlah RM400,400 keseluruhan. Foto: Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Aman

Penerima sumbangan terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), persatuan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), rumah ibadah serta kelab masyarakat yang aktif menganjurkan program pembangunan komuniti.

Dalam ucapannya, Doris menekankan bahawa setiap dana yang diterima perlu dimanfaatkan secara berhemah, berkesan serta penuh tanggungjawab, agar dapat mencapai matlamat sebenar penyaluran bantuan tersebut.

Beliau menegaskan, sumbangan yang disalurkan bukan sekadar angka di atas kertas, tetapi merupakan satu amanah yang harus digunakan untuk mendorong pelaksanaan program berimpak tinggi yang memberi manfaat menyeluruh kepada rakyat.

Ahli Parlimen itu turut berharap agar bantuan yang diberikan dapat membantu penerima melaksanakan inisiatif yang dapat menyatupadukan masyarakat selain meningkatkan kesejahteraan rakyat di peringkat akar umbi.

Doris juga menggesa semua pihak untuk memperkukuhkan semangat kerjasama dan perpaduan, kerana kekuatan masyarakat yang bersatu padu adalah kunci kepada kelangsungan pembangunan yang mampan di kawasan Sri Aman.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Sarawak needs lasting solutions for subsidised RON95
Next: Puisi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.