Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Empat rumah musnah dalam kebakaran di Taman Indah Landeh Siburan
  • KEBAKARAN

Empat rumah musnah dalam kebakaran di Taman Indah Landeh Siburan

Utusan Sarawak 1 week ago
KEADAAN kebakaran yang memusnahkan empat rumah serta beberapa kenderaan di Taman Indah Landeh, Siburan.

SIBURAN: Suasana cemas tercetus apabila kebakaran besar memusnahkan empat rumah serta beberapa kenderaan di Taman Indah Landeh Lorong 1, di sini, petang tadi.

Pusat Gerakan Bomba menerima panggilan kecemasan pada 6.43 petang sebelum mengarahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan ke lokasi kejadian, sejauh kira-kira 25 kilometer.

Pasukan tiba pada 7.12 malam dan mendapati api sedang marak melibatkan empat rumah serta beberapa kenderaan berdekatan.

Komander Operasi, Sim Mui Chai bersama Ketua Balai BBP Siburan, Mohamad Imran Mohamad Sabri mengetuai operasi dengan kekuatan seramai 21 anggota. Bantuan tambahan turut dikerahkan dari BBP Kota Sentosa dan BBP Batu Lintang bagi mengawal kebakaran.

Setakat laporan diterima, usaha pemadaman masih giat dijalankan bagi menghalang api daripada merebak ke kediaman lain. Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Bangunan tiga tingkat terbakar di Miri, tiada mangsa cedera
Next: Kebakaran Pejabat Tanah dan Survei Kuching berjaya dikawal JBPM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.