Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PML teruskan bantuan biasiswa anak ahli ke universiti awam
  • TEMPATAN

PML teruskan bantuan biasiswa anak ahli ke universiti awam

Utusan Sarawak 4 days ago
BANTU PELAJAR…(ketiga dari kiri) Mohamad bersama penerima bantuan  biasiswa PML komited meneruskan bantuan awal kewangan kepada anak-anak PML.

LIMBANG: Persatuan Melayu Limbang (PML) meneruskan pemberian bantuan biasiswa kepada anak ahli yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti awam tempatan, sejak program itu diperkenalkan pada 2004.

Pengerusinya, Mohamad Abu Bakar, berkata inisiatif tersebut bertujuan meringankan beban kewangan pelajar dan keluarga mereka, terutama ketika mendaftar masuk ke universiti.

“Program yang dilaksanakan sejak 21 tahun lalu ini juga bertujuan mengangkat serta memperkasa modal insan dalam kalangan ahli PML,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, sejak diperkenalkan, program itu menunjukkan impak positif apabila semakin ramai anak ahli berjaya ditawarkan ke universiti dalam pelbagai bidang.

Menurutnya, setiap pelajar yang layak menerima bantuan sebanyak RM500, khusus untuk mereka yang mengikuti pengajian peringkat ijazah sarjana muda di universiti awam.

Pada tahun ini, seramai enam pelajar ijazah sarjana muda, dua pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan seorang pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) menerima sumbangan biasiswa daripada PML.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Cadangan ambil alih Unimas diserahkan kepada Roland Sagah – Sim
Next: Anugerah Pembangunan Mampan JCI Malaysia 2025 raikan projek inovatif berimpak tinggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.