Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lubang benam sedalam 50 meter muncul di Daerah Dusit
  • GLOBAL

Lubang benam sedalam 50 meter muncul di Daerah Dusit

Utusan Sarawak 4 hours ago
GAMBARAN keseluruhan menunjukkan sebuah lubang di tanah selepas jalan runtuh berhampiran sebuah hospital di Bangkok pada 24 September 2025. Foto AFP

BANGKOK: Sebuah jalan utama di Daerah Dusit, Bangkok, mendap pada pagi Rabu, menyebabkan terbentuknya lubang benam sedalam kira-kira 50 meter di hadapan Hospital Vajira.

Menurut Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA), kejadian mendap di Jalan Samsen itu berlaku sekitar 6.30 pagi, menjejaskan utiliti awam dan menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk.

BMA berkata pemeriksaan awal mendapati mendapan berlaku berhampiran bangunan hospital, mengakibatkan dua tiang elektrik dan sebuah trak angkat susun milik Balai Polis Metropolitan Samsen terjatuh ke dalam lubang benam itu.

SEBUAH kenderaan dilihat di tepi sebuah lubang di tanah selepas jalan runtuh berhampiran sebuah hospital di Bangkok pada 24 September 2025. Foto AFP

BMA dalam satu kenyataan pada Rabu berkata arahan pengosongan bangunan telah dikeluarkan kepada penduduk pangsapuri berhampiran. 

“Pegawai Pihak Berkuasa Elektrik Metropolitan kini berada di lokasi untuk menangani situasi. Pihak berkuasa telah mula memindahkan pesakit dan penduduk di kawasan sekitar demi keselamatan.

Laluan trafik dari Persimpangan Vajira ke Persimpangan Sanghi dan kawasan sekitarnya ditutup berikutan mendapan itu, yang menjejaskan utiliti awam berhampiran dan berpotensi membahayakan pengguna jalan raya.

ORANG ramai melihat sebuah kenderaan di tepi sebuah lubang di tanah selepas jalan runtuh berhampiran sebuah hospital. Foto AFP

Pihak berkuasa tempatan mengesahkan tiada kecederaan dilaporkan setakat ini. 

Gabenor Bangkok Chadchart Sittipunt melawat lokasi kejadian untuk meninjau serta menilai keadaan, selain menyelaras bantuan bagi menangani masalah jalan mendap itu.  – Bernama 

Tags: Global

Continue Reading

Previous: 14 terbunuh akibat tasik pecah di Taiwan ketika Taufan Ragasa mengganas
Next: 10 maut akibat hujan lebat landa Kolkata, timur India

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.