


MUKAH: Bagi melancarkan pergerakan orang ramai sempena Pesta Pulau Bruit – Mini Agrofest 2025, waktu operasi perkhidmatan feri di Bahagian Mukah akan dilanjutkan dari 26 hingga 28 September iaitu mulai Jumaat hingga Ahad ini.
Pelanjutan masa tersebut melibatkan dua laluan utama iaitu Feri Batang Paloh dan Feri Kuala Igan.
Langkah ini diambil bagi memenuhi keperluan pengguna yang dijangka meningkat sepanjang penganjuran pesta berkenaan.
Pesta Pulau Bruit yang dianjurkan setiap tahun itu bukan sahaja menjadi tarikan pelancongan, malah turut membuka peluang ekonomi kepada penduduk setempat melalui aktiviti jualan produk tempatan, pameran agro serta persembahan kebudayaan.
Mereka yang datang menggunakan jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati serta mematuhi arahan papan tanda keselamatan ketika menggunakan perkhidmatan feri, bagi mengelak sebarang insiden yang tidak diingini.
Sebarang pertanyaan berkaitan aliran trafik boleh diajukan kepada Pejabat JKR Bahagian Mukah di talian 084-872180, atau terus menghubungi Foremen Feri Kuala Igan, Mr. Tiong (016-869 2989) dan Foremen Feri Batang Paloh, Mr. Ting (016-8701203).