Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Isak buka akaun gol bersama Liverpool, tewaskan Southampton
  • SUKAN

Isak buka akaun gol bersama Liverpool, tewaskan Southampton

Utusan Sarawak 5 days ago

Isak (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan ketika menentang Southampton, awal pagi tadi. Foto AFP

LONDON: Alexander Isak meledak gol pertama bersama Liverpool ketika membantu pasukannya menewaskan Southampton 2-1 pada aksi pusingan ketiga Piala Liga, awal pagi tadi.

Penyerang Sweden itu yang berhijrah dari Newcastle United dengan rekod perpindahan Britain bernilai 125 juta pound (RM710 juta) tampil buat kali ketiga bersama The Reds.

Isak, yang menyambut ulang tahun ke-26 Ahad lalu, memanfaatkan kesilapan penjaga gol Southampton, Alex McCarthy pada minit ke-43. 

Hantaran pendek McCarthy dipintas Federico Chiesa yang kemudiannya melorongkan bola kepada Isak untuk disudahkan dengan tenang.

Gol itu memberi kelegaan buat Isak selepas gagal meledak ketika aksi sulung menentang Atletico Madrid dalam Liga Juara-Juara, selain masuk sebagai pemain gantian pada kemenangan ke atas Everton hujung minggu lalu.

Namun, Southampton bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-76 menerusi Shea Charles yang menyambar bola muntah hasil tandukan tidak kemas Wataru Endo.

Ketika perlawanan seakan menuju ke penentuan penalti, Hugo Ekitike muncul wira dengan menjaringkan gol kemenangan minit ke-85 selepas menerima hantaran Chiesa.

Bagaimanapun, Ekitike dilayangkan kad kuning kedua kerana membuka baju ketika meraikan jaringannya sekali gus dibuang padang.

Pengurus Liverpool, Arne Slot yang melakukan 11 pertukaran berbanding kesebelasan utama ketika menewaskan Everton, mengakui persembahan pasukannya tidak begitu meyakinkan.

“Bukan persembahan terbaik kami, tapi itu boleh dijangka bila ramai pemain baru diberi peluang. Ada juga perkara positif, Mamardashvili beraksi cemerlang, Isak dapat gol pertama dan Hugo juga menjaringkan,” katanya.

Kemenangan itu menyaksikan Liverpool meneruskan permulaan sempurna musim ini dengan tujuh kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan, termasuk menjuarai lima aksi Liga Perdana dan satu perlawanan Liga Juara-Juara. – AFP

Continue Reading

Previous: BGK 2025: Atlet bola padang, olahraga & renang akuatik kontinjen Labuan tiba di Kuching
Next: Dua gol Mbappe bantu Real Madrid benam Levante

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.