
KUCHING: Kontinjen Labuan terdiri daripada atlet bola padang, olahraga dan renang akuatik yang bakal berentap dalam temasya Borneo Games Kuching (BGK) 2025 selamat tiba di sini.
Seramai 32 atlet, jurulatih dan pengurus pasukan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) sekitar 7.30 malam yang disambut dengan tarian kebudayaan suku kaum di Sarawak.
Sejurus itu, kontinjen Labuan juga berkesempatan merakam gambar bersama dengan penari sebelum bergerak menaiki bas ke penginapan mereka.
Atlet Labuan yang tiba terdiri daripada 12 atlet bola padang, lima atlet olahraga dan enam atlet renang akuatik dengan jumlah keseluruhan atlet tiba seramai 23 orang.
Pada keesokan harinya, seramai sembilan atlet bagi sukan tarik tali akan tiba di Kuching yang bakal melengkapkan kontinjen mereka di mana pasukan badminton seramai enam atlet dan memanah seramai tiga atlet telah tiba kelmarin.
Kontinjen Labuan yang menampilkan 41 atlet bakal berentap dalam enam jenis acara sukan iaitu olahraga, memanah, renang akuatik, bola padang, badminton dan tarik tali yang bakal berlangsung dari 24 hingga 28 September ini. -UKAS