Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Budak Afghanistan sembunyi dalam ruang gear pendaratan pesawat ke Delhi
  • GLOBAL

Budak Afghanistan sembunyi dalam ruang gear pendaratan pesawat ke Delhi

Utusan Sarawak 16 hours ago

Foto hiasan. - arkib AFP

NEW DELHI: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dari Afghanistan dilaporkan menyelinap masuk ke ruang gear pendaratan sebuah pesawat dari Kabul ke New Delhi, menurut laporan media tempatan seperti dilaporkan Xinhua.

Insiden itu dilaporkan berlaku pada Ahad, dan kanak-kanak berkenaan dikenal pasti berasal dari bandar Kunduz, Afghanistan.

Anggota keselamatan di Lapangan Terbang New Delhi menemukannya berkeliaran berhampiran pesawat sebelum menahan dan menghantarnya pulang ke negara asal dengan pesawat yang sama.

Ketika soal siasat, budak itu memberitahu pihak keselamatan India, dia menyelinap masuk ke Lapangan Terbang Kabul dan masuk ke dalam ruang gear pendaratan belakang pesawat milik syarikat penerbangan “Kam Air.” – Bernama-Xinhua.

Continue Reading

Previous: Mufti Besar Arab Saudi Abdulaziz Al-Sheikh meninggal dunia
Next: Gempa bumi 4.9 magnitud landa Tenggara Afghanistan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.