Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tiga rumah panjang di DUN Kalaka nikmati kemudahan elektrik
  • TEMPATAN

Tiga rumah panjang di DUN Kalaka nikmati kemudahan elektrik

Utusan Sarawak 5 days ago

MOHAMAD Duri hadir pada majlis penyerahan rasmi projek SARES di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Saratok, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Tiga rumah panjang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.38 Kalaka kini menikmati kemudahan bekalan elektrik selepas siapnya projek Skim Bekalan Elektrik Luar Bandar Alternatif Sarawak (SARES).

Projek bernilai RM2.7 juta itu dilaksanakan oleh Sarawak Energy Berhad (SEB) bagi menyediakan sumber tenaga yang stabil dan mampan kepada penduduk luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, projek tersebut membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan masyarakat luar bandar tidak ketinggalan menikmati pembangunan asas.

MOHAMAD Duri hadir pada majlis penyerahan rasmi projek SARES di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Saratok, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

“Rumah Rabiah, Rumah Andrew Kuleh dan Rumah Patih yang sebelum ini bergantung kepada sumber tenaga terhad, kini mendapat bekalan elektrik menerusi sistem tenaga solar yang lebih stabil dan mesra alam,” katanya.

Majlis penyerahan rasmi projek berkenaan diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Saratok, dengan kehadiran Pegawai Daerah Saratok, Mohammad Dino Amid, wakil Sarawak Energy Berhad serta tuai rumah yang terlibat.

Mohamad Duri berkata projek ini bermula pada 8 Januari 2024 dan siap sepenuhnya pada 8 Julai 2024, menandakan pencapaian penting dalam usaha kerajaan negeri memperluaskan liputan bekalan elektrik ke kawasan luar bandar.

Beliau berkata, dengan ada bekalan elektrik ini, masyarakat rumah panjang terlibat kini dapat menikmati kemudahan asas yang lebih baik, sekali gus meningkatkan kualiti hidup mereka.

“Bekalan elektrik ini bukan sahaja memudahkan aktiviti harian, malah membuka lebih banyak peluang untuk pembangunan ekonomi, pendidikan serta kesejahteraan masyarakat setempat,” ujarnya.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Wanita tonggak pembangunan Sarawak, jangan tertinggal dalam arus PCDS 2030
Next: Antropomorfisme Sebagai Sindiran Sosial

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.