KELAB gergasi dari Jerman, BAYERN Munich memenangi Liga Juara-Juara selepas menewaskan Paris Saint-Germain 1-0 awal pagi semalam sekali gus gelaran keenam buat mereka.
Tandukan Kingsley Coman pada minit ke-59 memastikan kejayaan Bayern di Estadio da Luz, Lisbon dan mengecewakan bekas kelabnya ketika zaman kanak-kanak, PSG yang mara ke final kali pertama dalam kejohanan paling berprestij di Eropah itu.
Kemenangan itu juga bermakna Bayern melengkapkan gelaran treble kedua – Bundesliga, Piala Jerman dan Liga Juara-Juara selepas kali pertama melakukannya pada 2013.