Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ibu didakwa bunuh dua anak dalam kes ‘beg pakaian’ di New Zealand
  • GLOBAL

Ibu didakwa bunuh dua anak dalam kes ‘beg pakaian’ di New Zealand

Utusan Sarawak 20 hours ago
HAYUNG Lee ketika prosiding di Mahkamah Tinggi Auckland. Lee dituduh membunuh dua anaknya di Auckland sebelum berpindah ke Korea Selatan.

AUCKLAND: Seorang wanita warga New Zealand, Hakyung Lee, 45, didapati bersalah membunuh dua anaknya dan menyembunyikan mayat mereka dalam beg pakaian — kes yang digelar sebagai “pembunuhan dalam beg pakaian”.

Kedua-dua mangsa, Yuna Jo, 8, dan Minu Jo, 6, dipercayai meninggal dunia tiga hingga empat tahun sebelum mayat mereka ditemui.

Lee, yang diekstradisi dari Korea Selatan pada 2022, mengaku memberi anak-anaknya ubat antikemurungan sebelum menyembunyikan mayat mereka, tetapi mendakwa tidak waras ketika kejadian akibat kemurungan selepas kematian suaminya.

Namun, juri mengambil hanya dua jam untuk mendapati beliau bersalah atas tuduhan membunuh.

Lee kini berdepan hukuman penjara seumur hidup dengan tempoh parol minimum 10 tahun di bawah undang-undang New Zealand.

Pendakwa raya menyifatkan tindakan Lee sebagai perancangan untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab sebagai ibu tunggal, manakala pembelaan menegaskan beliau bertindak di luar kawalan akibat tekanan mental. – AFP

Continue Reading

Previous: China arahkan penutupan sekolah dan perniagaan di 10 bandar susulan Taufan Super Ragasa
Next: Mufti Besar Arab Saudi Abdulaziz Al-Sheikh meninggal dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.