Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki warga Indonesia ditemui meninggal dunia selepas lemas di Kampung Penasu
  • KEMALANGAN

Lelaki warga Indonesia ditemui meninggal dunia selepas lemas di Kampung Penasu

Utusan Sarawak 4 days ago
DITEMUI.….Mayat mangsa ditemui di hari ketiga operasi SAR. Foto PGO Bomba Sarawak

BINTANGOR: Seorang lelaki warganegara Indonesia yang dikhuatiri lemas selepas tergelincir ke dalam sungai di tapak pembinaan Loji Air Kampung Penasu pada Ahad lalu, telah ditemui meninggal dunia hari ini.

Mayat mangsa ditemui pada hari ketiga operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan di kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering, berkata mayat mangsa ditemui terapung kira-kira dua kilometer (km) dari lokasi kejadian. 

“Mangsa bekerja sebagai buruh binaan dan dikenali sebagai Rendy, berasal dari Singkawang, Indonesia. 

TERAPUNG….Mayat mangsa ditemui terapung kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian. Foto IPD Bintangor 

“Mangsa dilaporkan terjatuh ke dalam sungai pada 21 September sekitar 10.00 pagi ketika sedang bekerja bersama rakan sekerja (saksi kejadian) yang kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Bintangor.

“Pasukan polis menerima maklumat awal daripada setiausaha Kampung Penasu sebelum melancarkan operasi SAR bersama pelbagai agensi termasuk pasukan Marin Wilayah Lima, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daro, Jabatan Bomba dan Penyelamat  Malaysia (JBPM) Daro dan penduduk kampung,” katanya dalam satu kenyataan media. 

Tambahnya, pihak keluarga mangsa dan penduduk kampung telah membuat pengecaman dan mengesahkan identiti mangsa.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sarikei untuk tindakan lanjut. 

“Operasi SAR ditamatkan secara rasmi pada 11.30 pagi tadi,” katanya. 

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Warga emas maut dalam kemalangan langgar lari di Jalan Repok
Next: Dua cedera ringan dalam kemalangan van di Jambatan Awik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.