Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • China arahkan penutupan sekolah dan perniagaan di 10 bandar susulan Taufan Super Ragasa
  • GLOBAL

China arahkan penutupan sekolah dan perniagaan di 10 bandar susulan Taufan Super Ragasa

Utusan Sarawak 19 hours ago
SEORANG wanita mencari telur di sebuah pasar raya sebagai persediaan menghadapi Taufan Super Ragasa yang menghampiri Hong Kong pada 23 September 2025. Foto AFP

BEIJING: China mengarahkan sekurang-kurangnya 10 bandar menutup sekolah dan perniagaan pada Selasa susulan kedatangan Taufan Super Ragasa yang kini menghampiri bahagian selatan negara itu.

Langkah tersebut dijangka menjejaskan puluhan juta penduduk serta melumpuhkan operasi ribuan kilang di kawasan pusat perindustrian utama negara berkenaan.

Menurut Pejabat Pengurusan Kecemasan Wilayah Guangdong dalam kenyataan pagi Selasa, Ragasa dijangka membadai kawasan pantai tengah dan barat Guangdong dalam tempoh 24 jam akan datang.

GAMBAR edaran daripada Pusat Amaran Taufan Bersama, Komando Meteorologi dan Oseanografi Tentera Laut Amerika Syarikat ini, yang diambil dan diterima pada 23 September 2025, menunjukkan imej satelit inframerah Taufan Super Ragasa ketika menghampiri Hong Kong dan tanah besar China. Foto AFP

“Kawasan utama perlu melaksanakan tindakan tegas bagi menjamin keselamatan nyawa dan harta benda rakyat, serta meminimumkan kerugian akibat bencana,” menurut kenyataan itu.

Guangdong telah mengaktifkan tahap amaran kecemasan tertinggi untuk ribut angin apabila Ragasa semakin menghampiri, dengan kelajuan angin mencecah 230 kilometer sejam (140 batu sejam), menurut perkhidmatan cuaca Hong Kong.

Bandar raya teknologi Shenzhen mengarahkan pemindahan 400,000 penduduk, manakala pihak berkuasa memberi amaran mengenai “angin kencang, hujan lebat, ombak besar dan banjir teruk”.

SEBUAH pelampung navigasi terdampar di pantai ketika kemuncak Taufan Super Ragasa di pekan Santa Ana, wilayah Cagayan, utara Manila pada 23 September 2025, sehari selepas Taufan Ragasa mendarat di wilayah tersebut. Foto AFP

“Kecuali petugas penyelamat dan mereka yang terlibat dalam perkhidmatan penting, orang awam diminta untuk tidak keluar sewenang-wenangnya,” kata kenyataan itu, sambil menambah bahawa penutupan tempat kerja dan pasar bermula pada sebelah petang.

Antara bandar utama lain yang turut mengambil langkah penangguhan aktiviti ialah Zhuhai, Dongguan dan Foshan.

“Angin kencang dan hujan lebat dijangka memberi kesan serius kepada bandar kami, menjadikan situasi ini satu keadaan pertahanan kritikal,” kata Pusat Kecemasan Foshan.

Ragasa kini sedang bergerak merentasi Laut China Selatan, selepas melanda beberapa kawasan di Filipina sebelum ini, yang menyaksikan sekurang-kurangnya satu kematian direkodkan.

Pihak berkuasa turut memberi amaran kepada kapal-kapal yang beroperasi di bahagian utara perairan tersebut, termasuk selatan Selat Taiwan, Terusan Bashi dan perairan berhampiran Guangdong agar sentiasa berwaspada terhadap keselamatan.

Pakar iklim secara umumnya bersetuju bahawa perubahan iklim yang didorong oleh aktiviti manusia menjadikan ribut lebih kuat dan berlaku dengan lebih kerap selaras dengan peningkatan suhu global.

– AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Dua pemuzik Colombia yang hilang ditemukan mati di Mexico
Next: Ibu didakwa bunuh dua anak dalam kes ‘beg pakaian’ di New Zealand

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.