Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gempa bumi bermagnitud 4.3 cetus panik di kawasan San Francisco
  • GLOBAL

Gempa bumi bermagnitud 4.3 cetus panik di kawasan San Francisco

Utusan Sarawak 1 day ago
GAMBAR hiasan.

BERKELEY: Gempa bumi bermagnitud 4.3 mengejutkan penduduk di kawasan Teluk San Francisco awal hari ini, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Agensi pemantauan gempa bumi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan pusat gempa terletak berhampiran Bandar Berkeley, di timur San Francisco.

Tiada laporan kerosakan besar setakat ini.

California merupakan kawasan yang sangat terdedah kepada gempa bumi kerana Laluan Sesar San Andreas merentangi hampir 1,300 kilometer di negeri barat itu.

Pada garis sesar tektonik di kerak bumi ini, Plat Pasifik bergerak ke arah barat laut dan bergesel dengan benua Amerika Utara, sekali gus membina tekanan besar yang boleh dilepaskan dalam bentuk gempa bumi.

Berhampiran Berkeley, satu lagi zon sesar iaitu Sesar Hayward melalui kawasan berpenduduk padat.

-Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Bom Perang Dunia Kedua yang belum meletup dimatikan di Hong Kong  
Next: Eropah catat lebih 62,700 kematian berkaitan haba pada musim panas 2024 – Kajian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.