Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gangguan bekalan air tidak berjadual di Siburan
  • Selatan
  • WILAYAH

Gangguan bekalan air tidak berjadual di Siburan

Utusan Sarawak 4 days ago
PIHAK Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak hari ini memaklumkan gangguan bekalan air tidak berjadual di kawasan Pasar Siburan, bersebelahan Petronas Siburan, bermula 12 tengah hari tadi sehingga kerja selesai.

SERIAN: Pihak Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak hari ini memaklumkan gangguan bekalan air tidak berjadual di kawasan Pasar Siburan, bersebelahan Petronas Siburan, bermula 12 tengah hari tadi sehingga kerja selesai.

Menurut notis yang dikeluarkan JBALB, gangguan itu adalah bagi memberi laluan kepada pihak kontraktor menjalankan kerja pembaikan paip bersaiz 160mm HDPE.

Pengguna dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air yang secukupnya bagi menampung keperluan sepanjang tempoh gangguan.

JBALB Sarawak menegaskan, pihak mereka akan memastikan gangguan bekalan air dapat diselesaikan dengan segera dan bekalan air akan pulih secara berperingkat di kawasan terjejas.

Sebarang kesulitan yang timbul akibat gangguan ini amat dikesali oleh pihak JBALB Sarawak.

Orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan JBALB Sarawak di talian 082-262211 atau melayari laman web rasmi https://jbalb.sarawak.gov.my/ untuk maklumat lanjut.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gangguan bekalan air di Lawas, 23 September ini
Next: Tiga projek RTP bernilai RM400,000 dilaksana di DUN Jepak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.