Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Anak Terengganu, Megat Qalif ungguli Bintang Kecil 2025
  • HIBURAN

Anak Terengganu, Megat Qalif ungguli Bintang Kecil 2025

Utusan Sarawak 1 week ago
BINTANG KECIL… Megat (tengah) bergambar bersama Claudy (kiri) dan Mayrisha (kanan) selepas dinobatkan juara, naib juara dan tempat ketiga. Foto Amanda L dan Adele Rissa

KUCHING: Peserta cilik dari Terengganu, Megat Muhammad Qalif Megat Shazrin, 11, mencuri tumpuan di Auditorium P. Ramlee malam tadi apabila dinobatkan sebagai juara Kemuncak Bintang Kecil 2025, sekali gus membawa pulang hadiah bernilai lebih RM30,000 termasuk wang tunai, emas dan anugerah persembahan terbaik.

Megat bukan sahaja merangkul tempat pertama yang menawarkan wang tunai RM20,000 dan emas bernilai RM6,000, malah turut dipilih sebagai penerima persembahan terbaik yang menambah lagi ganjaran RM3,000 bersama emas bernilai RM1,000.

BINTANG KECIL… Megat dinobatkan sebagai juara Kemuncak Bintang Kecil 2025, sekali gus membawa pulang hadiah bernilai lebih RM30,000 termasuk wang tunai, emas dan anugerah persembahan terbaik. Foto Amanda L dan Adele Rissa

Naib juara dimenangi Claudy Qaila Sakhi dari Indonesia, yang membawa pulang wang tunai RM15,000 dan emas bernilai RM5,000, manakala tempat ketiga diraih Mayrisha Naaila Dyana Reyza Nyambong dari Melaka dengan hadiah RM10,000 berserta emas bernilai RM4,000.

Lapan peserta lain iaitu Cinta Suci Indah Urmila Abdullah (Johor), Aleysha Shareef Van Der Horst (Sarawak), Tai Eimran Azlan (Selangor), Ahmad Dasuki Qusyairie Rostani (Brunei Darussalam), Puteri Azalia Mohd Taufik (Kedah), Nurul Hafizah Safri (Sabah), Melissa Rose Afzan Saffuan (Pulau Pinang) serta Kelvin Epoy (Sarawak) masing-masing menerima saguhati berupa wang tunai RM5,000 dan kepingan emas bernilai RM700.

BINTANG KECIL… Megat (tengah) bergambar bersama Claudy (kiri) dan Mayrisha (kanan) selepas dinobatkan juara, naib juara dan tempat ketiga. Foto Amanda L dan Adele Rissa

Secara keseluruhan, pertandingan edisi kali ini menawarkan hadiah lumayan berjumlah lebih RM100,000 termasuk tajaan barangan kemas daripada La Vince Gold Jewellery Sarawak.

Penganjuran kali ini tampil dengan konsep ‘Metaverse’, selaras dengan kecenderungan generasi muda terhadap dunia digital, teknologi interaktif dan permainan mudah alih.

Suasana malam kemuncak turut diserikan dengan persembahan artis jemputan popular seperti Hael Husaini, Roxy Ixzy, Hairee Francis, dan Des Marcus yang menghidupkan lagi pentas berprestij itu. 

Oleh Amanda L dan Adele Rissa

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Bengkel Revolusi Industri Muzik perkukuh bakat tempatan, pacu ekonomi kreatif Sarawak
Next: Puduu’ Anaak ketengahkan warisan Orang Ulu dalam nuansa baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.