
Hugo Ekitike meraikan jaringan. Foto AFP
LIVERPOOL: Liverpool mengekalkan rekod sempurna Liga Perdana Inggeris musim ini selepas menewaskan seteru tetangga, Everton 2-1 dalam aksi penuh tegang di Anfield, sebentar tadi.
Gol awal Ryan Gravenberch pada minit ke-10 hasil umpanan Mohamed Salah membuka tirai jaringan sebelum Hugo Ekitike menambah jaringan pada minit ke-29 dengan rembatan menewaskan Jordan Pickford.
Everton bangkit selepas rehat dan berjaya merapatkan jurang menerusi Idrissa Gueye yang meledak gol pada minit ke-58, hasil gerakan Iliman Ndiaye yang memanfaatkan hantaran Jack Grealish.
Bagaimanapun, skuad kendalian Arne Slot bertahan kemas hingga wisel penamat, sekali gus memastikan mereka menang lima perlawanan pertama liga musim ini untuk terus mendahului carta.