Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Aaron-Wooi Yik terkandas di separuh akhir Masters China
  • SUKAN

Aaron-Wooi Yik terkandas di separuh akhir Masters China

Utusan Sarawak 3 weeks ago
BEREGU lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik. Foto Facebook Badminton Association Malaysia (BAM)

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal melangkah mara ke final Masters China 2025 selepas tewas kepada pasangan India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty di Shenzhen, Guangdong, hari ini.

Pada pertembungan separuh akhir di Shenzhen Arena itu, Aaron-Wooi Yik gagal menampilkan prestasi terbaik, menyaksikan pasangan nombor dua dunia itu mudah tumbang di tangan pilihan kelapan kejohanan, 17-21, 14-21 dalam tempoh 41 minit.

Ia merupakan kemenangan kelima Satwik-Chirag ke atas juara Terbuka Thailand dan Terbuka Singapura musim ini daripada keseluruhan 16 pertemuan mereka.

Terdahulu, beregu campuran negara yang baru merangkul gelaran juara dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menampilkan aksi bertenaga untuk menyingkirkan pasangan tuan rumah yang juga nombor satu dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping 22-24, 21-19, 21-17 untuk melangkah ke final.

Tang Jie-Ee Wei akan berdepan beregu Thailand, Decaphol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran dalam cubaan mereka membawa pulang gelaran berprestij itu.- Bernama

Continue Reading

Previous: Masters China: Tang Jie-Ee Wei ‘pecah’ tembok besar untuk mara ke final
Next: Liverpool kekal rekod sempurna, tewaskan Everton 2-1

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.