Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Mangsa banjir Marudi bertambah, kawasan rendah masih dinaiki air
  • Utara
  • WILAYAH

Mangsa banjir Marudi bertambah, kawasan rendah masih dinaiki air

Utusan Sarawak 5 days ago
   ANGGOTA Pertahanan Awam Daerah Marudi giat melakukan pemantauan banjir di Kampung Benawa Marudi. Foto : APM Marudi. 

MARUDI: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Suarah Marudi meningkat kepada 17 mangsa daripada lima keluarga setakat 1.00 petang tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi, Lt. (PA) Mirwan Shah Masri berkata, dua mangsa terbaharu yang dipindahkan ialah seorang lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa dari Kampung Narum. Mereka dipindahkan ke PPS pada 1.00petang tadi.

“Setakat ini, seramai 17 mangsa daripada lima keluarga telah dipindahkan ke PPS. Sebelum ini, empat keluarga dari Kampung Padang Kerbau, Kampung Cina dan Kampung Dagang telah dipindahkan selepas rumah mereka dinaiki air,” katanya dalam satu kenyataan.

KAMPUNG Padang Kerbau, Marudi masih dilanda banjir dengan paras air yang membimbangkan. Foto: APM Marudi.

Mirwan turut memaklumkan bahawa tujuh kawasan di Marudi masih ditenggelami air iaitu Sekolah Kebangsaan Benawa dengan paras air setinggi tiga kaki, Kampung Benawa (3.6 kaki), Kampung Narum (0.36 meter), Kampung Dagang (0.47 meter), Kampung Cina (0.64 meter), Kampung Padang Kerbau (0.82 meter), serta Stadium Marudi (0.10 meter), Pasar Marudi (0.70 meter) dan Kampung Ridan.

Sementara itu, banjir di Kampung Long Bemang, Sekolah Kebangsaan Long Bemang dan Klinik Kesihatan Long Bemang dilaporkan telah surut sepenuhnya.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: Komuniti sihat asas Sarawak Maju Makmur
Next: 40 Warta Rizab Komunal Bumiputera diserahkan kepada rumah panjang di Song

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.