Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM41,500 geran MRP diberi kepada 10 penerima di DUN Meradong
  • Tengah
  • WILAYAH

RM41,500 geran MRP diberi kepada 10 penerima di DUN Meradong

Utusan Sarawak 6 days ago
TERIMA KASIH… Datuk Ding Kuong Hiing menyerahkan geran MRP kepada penerima. Foto Pusat Khidmat Wakil Rakyat Meradong

BINTANGOR: Sejumlah keseluruhan RM41,500 geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) telah diserahkan kepada 10 penerima yang terdiri daripada sekolah, badan bukan kerajaan (NGO) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Meradong. 

Hadir untuk menyerahkan geran MRP tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, baru-baru ini. 

Katanya, permohonan geran MRP perlu disertakan dengan tujuan yang jelas dan spesifikasi yang tepat bagi memastikan peruntukan yang diluluskan dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

“Keutamaan kerajaan Sarawak melalui MRP adalah untuk membantu komuniti tempatan melaksanakan projek berskala kecil yang memberi manfaat langsung kepada rakyat, termasuk penambahbaikan infrastruktur, kegiatan pendidikan, kebajikan serta sosial masyarakat setempat.

“Oleh itu, setiap permohonan heran MRP hendaklah dirancang secara teliti dan realistik dengan komuniti setempat,” katanya kepada media. 

Tambahnya, geran MRP tersebut perlu digunakan sebaik mungkin dan bermanfaat untuk kegunaan aktiviti organisasi masing-masing. 

“Saya berharap agar semua penerima dapat melaksanakan amanah ini dengan penuh tanggungjawab, ketelusan dan keberkesanan agar setiap yang dibelanjakan benar-benar memberi manfaat dan meningkatkan kesejahteraan komuniti yang kita wakili,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 50,000 haiwan disasar terima vaksin tahunan, usaha bebas rabies 2030
Next: Raja Singa Lianxing 2025 angkat warisan budaya, pemerkasaan remaja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.