Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Warga emas terima sumbangan katil boleh laras
  • Tengah
  • WILAYAH

Warga emas terima sumbangan katil boleh laras

Utusan Sarawak 6 days ago
PRIHATIN….Wong Mee Hiong (baring) menerima bantuan pesakit boleh laras. Foto Pusat Khidmat Repok

SARIKEI: Seorang wanita warga emas yang terlantar sakit di rumah telah menerima sumbangan katil pesakit boleh laras. 

Jurucakap Pusat Khidmat Repok, berkata sumbangan daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii diserahkan oleh wakil Pusat Khidmat Repok kepada penerima, semalam. 

“Penerima yang menerima katil pesakit boleh laras ialah Wong Mee Hiong, 80, dari Jalan Rentap. 

“Mee Hiong terlantar sakit di rumah dan memerlukan katil pesakit boleh laras untuk berehat dengan lebih selesa di rumah dan memudahkan ahli keluarga menjaganya,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Tambahnya, ahli keluarga Mee Hiong  mengucapkan terima kasih kepada Datoʼ Sri Huang Tiong Sii di atas keprihatinan beliau. 

“Mereka berkata, bantuan ini sangat sesuai, khususnya untuk pesakit yang memerlukan penjagaan di rumah dan menghadapi kekangan pergerakan.

“Datoʼ Sri Huang Tiong Sii sentiasa menyumbangkan katil pesakit boleh laras kepada pesakit yang memerlukan bantuannya,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sarawak komited jadikan Miri pintu masuk utama wilayah utara
Next: JTS Bahagian Mukah salur dana CSR RM30,000 kepada Kampung dan SK Sebako

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.