Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hujan lebat punca jambatan SK Kambug runtuh, tindakan segera dirangka
  • Selatan
  • WILAYAH

Hujan lebat punca jambatan SK Kambug runtuh, tindakan segera dirangka

Utusan Sarawak 12 hours ago
PEGAWAI Tadbir Menguasa Pejabat Daerah Kecil Padawan, Julius Scott Sapong bersama tetamu kehormat yang lain mengadakan lawatan ke lokasi sekolah berkenaan.

PADAWAN: Hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu mengakibatkan jambatan menuju ke Sekolah Kebangsaan (SK) Kambug runtuh, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan murid dan warga sekolah.

Susulan itu, Pegawai Tadbir Menguasa Pejabat Daerah Kecil Padawan, Julius Scott Sapong bersama Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembangunan Murid yang menjalankan tugas Pegawai Pendidikan Daerah Padawan, Bolkiah Ali serta Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Perancangan yang menjalankan tugas Timbalan Sektor Perancangan, Harman Aris, telah mengadakan lawatan ke lokasi berkenaan.

Lawatan itu bertujuan meninjau tahap kerosakan jambatan terbabit sebelum laporan penuh disediakan dan dikemukakan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Kuching untuk tindakan segera.

Menurut Julius Scott, pihaknya memberi jaminan keselamatan murid akan menjadi keutamaan, di samping menyelaras tindakan dengan agensi berkaitan agar penyelesaian segera dapat dilaksanakan.

Turut hadir, Guru Besar SK Kambug, Mollin Katis, Pemanca Raymond Jihap yang juga Pemanca Bidayuh Daerah Kuching serta barisan ketua masyarakat Daerah Kecil Padawan.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: Penyelenggaraan jalan, pengguna dinasihat berhati-hati di Jalan Kuching-Serian
Next: Projek sambungan Tebingan Batang Lupar Sri Aman dijangka bermula 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.