
SERIAN: Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan penutupan sementara separuh jalan di Jalan Kuching-Serian (Kod Jalan 1-16B, KM151+700 hingga KM152+400) bermula 20 September hingga 4 Oktober ini.
Menurut kenyataan JKR, kerja-kerja pembaikan jalan akan dijalankan sepanjang tempoh berkenaan dari 9.00 malam hingga 5.00 pagi.
Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan agar berhati-hati dan mematuhi arahan papan tanda keselamatan yang dipasang di lokasi kerja bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Langkah penutupan ini dilaksanakan bagi memastikan kerja-kerja penyelenggaraan berjalan lancar serta meningkatkan kualiti permukaan jalan demi keselamatan pengguna.

JKR turut merakamkan penghargaan kepada orang ramai atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh penyelenggaraan berlangsung.
Sebarang pertanyaan berkaitan aliran trafik boleh diajukan kepada JKR Bahagian Serian di talian 082-876670 (waktu pejabat) atau pihak kontraktor DAL HCM Sdn Bhd di 082-891956 (waktu pejabat) dan 019-4382225 (Encik Ericson).
Oleh Norman B