CONNIE CHIENG
KUCHING: Satu pasukan pakar dari China dijangka tiba di sini pada 26 April, menurut Menteri Kerajaan Tempatan, Dr. Sim Kui Hian (gambar).
Beliau berkata, Kerajaan Sarawak amat mengalu-alukan kedatangan pakar-pakar perubatan ini dari wilayah Guangdong untuk membantu pesakit-pesakit Covid-19 di sini.
Antara bidang pengkhususan pakar-pakar ini adalah kawalan penyakit dan pencegahan, respirasi dan perubatan kritikal dan psikologi.
Sarawak telah mencatat jumlah kematian sebanyak 14 setakat ini dan 397 kes positif.
Dr. Sim mengulas bahawa kerajaan Sarawak akan memastikan wabak Covid-19 ini akan dapat dibendung dan mereka yang sakit akan dapat disembuhkan.
Beliau berkata usaha ini hanya dapat Berjaya sekiranya orang ramai memainkan peranan masing-masing. Oleh sebab yang demikian, beliau meminta orang ramai supaya duduk di rumah manakala para pegawai hospital berusaha membedung wabak ini.
Dr. Sim berterima kasih kepada pejabat konsulat China di Kuching dan rakan-rakan Sarawak di China yang menderma 50,000 topeng muka dan 2,000 gaun pengasingan menerusi Jawankuasa Pengurusan Bencana Sarawak.