Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hari ketiga operasi SAR mangsa serangan buaya di Sungai Lubok Punggor masih buntu
  • Selatan
  • WILAYAH

Hari ketiga operasi SAR mangsa serangan buaya di Sungai Lubok Punggor masih buntu

Utusan Sarawak 13 hours ago
WAKIL Khas Premier Sarawak di Gedong, Datuk Seri Mohd Naroden Majais (tengah), turut meninjau gerakan SAR

KOTA SAMARAHAN: Pencarian hari ketiga mangsa dipercayai dibaham buaya ketika menjala udang di Sungai Lubok Punggor, masih belum menemui sebarang petunjuk.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan dan BBP Simunjan memulakan operasi seawal jam 8.10 pagi dengan kekuatan lima anggota.

Usaha pencarian hari ini memberi tumpuan kepada kaedah pencarian permukaan, meliputi kawasan sejauh dua kilometer dari lokasi mangsa dipercayai hilang.

Wakil Khas Premier Sarawak di Gedong, Datuk Sri Mohd Naroden Majais, turut hadir meninjau gerakan SAR dan menerima taklimat daripada pihak penyelaras operasi.

Dalam lawatan tersebut, beliau juga menyampaikan sumbangan makanan kepada penduduk kampung serta pasukan penyelamat yang terlibat.

Operasi ini membabitkan lebih 30 anggota daripada pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Hidupan Liar Sarawak, serta penduduk kampung.

Operasi hari ini ditangguhkan pada 5.00 petang dan akan disambung semula esok.

Mangsa, Ahmad Alzadkhri Sudin, 32, dilaporkan hilang pada Isnin lalu ketika menjala udang bersama ahli keluarganya sebelum dipercayai disambar buaya sekitar 4.00 petang.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: BIKF simbol kreativiti, perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai budaya
Next: APM Lawas terus pantau kawasan berisiko banjir di Merapok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.