Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Limbang pantau banjir di tiga sekolah rendah
  • Utara
  • WILAYAH

APM Limbang pantau banjir di tiga sekolah rendah

Utusan Sarawak 12 hours ago
APM Limbang pantau banjir di tiga sekolah rendah

LIMBANG: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Limbang meneruskan operasi pemantauan banjir di tiga sekolah rendah yang terjejas banjir hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang, Kapten (PA) Bonnie Madisun berkata, pemantauan dijalankan dari 9.32 pagi hingga 11.34 pagi oleh sepasukan anggota diketuai L/Kpl (PA) Amirul Matusin melibatkan SK Lubok Tekurok, SK Telahak dan SK Tiga Kampung.

“Hasil pemantauan mendapati paras air di SK Lubok Tekurok dan SK Telahak meningkat sekitar satu hingga dua kaki, manakala di SK Tiga Kampung, paras air menurun kira-kira satu kaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, keadaan semasa masih terkawal dan pemantauan berkala akan diteruskan dari semasa ke semasa.

APM Limbang turut menasihatkan penduduk kampung agar sentiasa peka dan berwaspada terhadap perubahan cuaca serta paras air, terutama di kawasan rendah.

Sementara itu, banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Daerah Lawas dilaporkan semakin surut, namun penduduk di kawasan berisiko masih dinasihatkan untuk berwaspada.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Kabong bakal miliki dewan masyarakat baharu, siap 2027
Next: Electrical meter wiring fire at KMC Flat, SUPP Kuching Youth ensures resident’s safety

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.