Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 50 peserta sertai latihan asas renang dan menyelamat di Sarikei
  • Tengah
  • WILAYAH

50 peserta sertai latihan asas renang dan menyelamat di Sarikei

Utusan Sarawak 11 hours ago
PENGISIAN AKTIVITI….Antara pengisian aktiviti dijalankan sepanjang program. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Seramai 50 peserta, termasuk 30 sukarelawan belia dan 20 ibu bapa serta pengiring, menyertai latihan asas renang dan tatacara menyelamat di permukaan air sempena Program Rakan Muda Bahagian Sarikei.

Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari itu dilaksanakan di Kolam Renang Sarikei dengan penglibatan empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei.

Ketua BBP Sarikei, Arrahman Chik berkata, program tersebut bertujuan memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai aspek keselamatan air serta teknik asas menyelamat dalam situasi kecemasan.

“Tujuan utama program ini adalah melahirkan semangat keberanian, kerjasama serta memberi pendedahan tentang teknik menyelamat di air dengan betul dalam kalangan sukarelawan belia.

“Dengan pengetahuan dan kemahiran asas, mereka boleh bertindak lebih yakin ketika berdepan kecemasan,” katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, latihan praktikal sebegini penting kerana ia bukan sahaja meningkatkan keyakinan belia, malah memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang kepentingan penguasaan kemahiran keselamatan di air.

“Kita mahu masyarakat, khususnya golongan belia, memahami bahawa setiap kemahiran yang dipelajari hari ini boleh menyelamatkan nyawa pada masa hadapan.

“Selain latihan asas renang dan tatacara menyelamat di permukaan air, program ini turut menekankan aspek kerjasama berpasukan bagi memastikan peserta mampu bertindak pantas ketika berlaku insiden kecemasan,” katanya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Bomba Bintangor jalankan pemeriksaan bahaya kebakaran di empat premis
Next: Kabong bakal miliki dewan masyarakat baharu, siap 2027

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.