
BINTANGOR: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor menjalankan pemeriksaan Menghapus Bahaya Kebakaran (MBK) di empat premis sekitar bandar ini semalam sebagai langkah memastikan keselamatan orang awam sentiasa terjamin.
Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, pemeriksaan bermula 9.08 pagi itu membabitkan premis-premis swasta yang sering menjadi tumpuan orang ramai.
“Sebanyak empat premis swasta telah diperiksa oleh pihak kami.

“Ia bertujuan memastikan semua alat keselamatan kebakaran berfungsi dengan baik dan premis berada dalam keadaan selamat untuk dikunjungi,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut beliau, pemeriksaan selesai sepenuhnya pada 10.00 pagi.
Tambahnya, pemeriksaan secara berkala seperti ini akan diteruskan bagi mengurangkan risiko kebakaran dan meningkatkan tahap kesedaran keselamatan dalam kalangan pemilik serta pengunjung premis.
Oleh Earl Anek