
MARUDI: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Marudi mengumumkan pembukaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bermula hari ini susulan permintaan daripada mangsa yang terjejas akibat banjir untuk dipindahkan.
Pegawai Daerah Marudi, Rose Edward, dalam satu kenyataan, memohon semua agensi terlibat memastikan PPS berada dalam keadaan kondusif dan kebajikan mangsa banjir diberi perhatian sepenuhnya.
“Sekiranya PPS di Dewan Suarah Marudi mencapai kapasiti maksimum, maka PPS di SMK Telang Usan akan dibuka sebagai lokasi alternatif untuk penempatan mangsa,” katanya.
Beliau turut meminta semua pihak yang terlibat agar mengemas kini status PPS dari semasa ke semasa dan melaporkannya kepada Bilik Gerakan Bencana Daerah di Pejabat Daerah Marudi bagi memastikan penyelarasan yang efisien.
Oleh Jiku Juguong