Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Regata Baram 2025 ditunda, tarikh baharu akan dimaklumkan
  • Utara
  • WILAYAH

Regata Baram 2025 ditunda, tarikh baharu akan dimaklumkan

Utusan Sarawak 6 hours ago
BANJIR…Situasi banjir di Bandar Marudi yang semakin naik. Foto Jiku Juguong

MARUDI: Regata Baram 2025 yang dijadualkan berlangsung dari 18 hingga 21 September 2025 telah diputuskan untuk ditunda ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian, atau kemungkinan besar akan ditunda ke tahun hadapan.

Selepas perbincangan antara Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr. Penuang Manggil, bersama Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Pemantauan Buruh, Imigresen dan Projek), Datuk Gerawat Gala, serta SUSK Premier Sarawak, Regata Baram 2025 diputuskan untuk ditunda ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. 

RONDA… Anggota Pertahanan Awam Malaysia daerah Marudi giat melakukan pemantauan banjir di Kampung Narum. Foto Jiku Juguong

Penundaan ini dibuat berikutan keadaan banjir di Baram, termasuk di Marudi, yang semakin membimbangkan. 

Dalam perkembangan lain, tinjauan Utusan Sarawak mendapati paras air banjir di Marudi semakin meningkat. Beberapa kampung sekitar Marudi seperti Kampung Narum, Kampung Dagang, Kampung Ridan, Kampung Cina, dan kawasan sekitarnya ditenggelami air sehingga mencapai paras yang membimbangkan, susulan limpahan air dari bahagian ulu Baram akibat hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.

 Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jambori 4×4 Antarabangsa Sarawak 2025 uji keupayaan, eratkan perpaduan
Next: NSJA anjur kempen ‘Sayangi Pantai, Sayangi Miri’ 12 Oktober ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.