Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM926,400 disalur kepada 57 penerima MRP di DUN Kemena
  • Utara
  • WILAYAH

RM926,400 disalur kepada 57 penerima MRP di DUN Kemena

Utusan Sarawak 4 weeks ago
DATO Sri Dr Stephen Rundi Utom merakam gambar bersama penerima Geran MRP Fasa 3 DUN Kemena di Bintulu, hari ini.

BINTULU: Sebanyak RM926,400 disalurkan kepada 57 penerima Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Fasa 3 DUN Kemena dalam satu majlis yang berlangsung di Jabatan Pertanian Bahagian Bintulu, hari ini.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, berkata pendidikan tetap menjadi asas utama kepada pembangunan luar bandar walaupun infrastruktur fizikal seperti jalan raya dan jambatan turut memainkan peranan penting.

“Kemajuan fizikal memang penting, tetapi yang lebih utama adalah memastikan anak-anak kita berjaya dalam pelajaran. Hanya dengan pendidikan mereka mampu bersaing dan merebut peluang pekerjaan yang lebih baik,” katanya.

Menurut beliau, infrastruktur yang disediakan kerajaan negeri harus dimanfaatkan sepenuhnya, namun masyarakat luar bandar perlu sedar bahawa ilmu pengetahuan adalah pelaburan paling berharga untuk masa depan.

Dr Rundi berkata, pengalaman pada era 1980-an menunjukkan ramai penduduk luar bandar terpaksa bergantung kepada pekerjaan kontrak tanpa jaminan pendapatan tetap, dan hanya pendidikan dapat membuka peluang kepada kerjaya yang lebih stabil.

Katanya, kerajaan Sarawak sentiasa komited dalam menyediakan akses pendidikan yang luas menerusi pelbagai inisiatif termasuk biasiswa, penubuhan sekolah luar bandar dan penyediaan asrama.

“Usaha ini adalah sebahagian daripada strategi pembangunan seimbang kerajaan membina masyarakat luar bandar bukan hanya dari sudut fizikal, tetapi juga dari segi modal insan,” ujarnya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: PPWS giat perkasa usahawan wanita melalui program IKS
Next: Razi Suhaimi dinobat Raja Tenggiri Mukah 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.