Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Baram Regatta 2025: Penutupan jalan sekitar Marudi bermula 18 September
  • Utara
  • WILAYAH

Baram Regatta 2025: Penutupan jalan sekitar Marudi bermula 18 September

Utusan Sarawak 4 weeks ago

SEMPENA penganjuran Baram Regatta Marudi 2025 yang berlangsung di Dataran Marudi pada 18 hingga 21 September 2025, beberapa laluan utama akan ditutup kepada kenderaan bagi memastikan kelancaran acara dan keselamatan orang ramai. Foto Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Marudi


MARUDI: Sempena penganjuran Baram Regatta Marudi 2025 yang berlangsung di Dataran Marudi pada 18 hingga 21 September 2025, beberapa laluan utama akan ditutup kepada kenderaan bagi memastikan kelancaran acara dan keselamatan orang ramai.

Menurut Ketua Polis Daerah Marudi, DSP Nor Aizan Mohd Jamil, penutupan jalan akan dilakukan di sepanjang Jalan Kapitan Lim Ching Kiat, bermula dari Bulatan Hospital Marudi hingga ke Bulatan Kecil Jalan Nakhoda Abang Matasim (berhampiran Kopitiam 988).

Penutupan ini akan berkuat kuasa setiap hari bermula 7.00 malam hingga 12.00 tengah malam sepanjang tempoh regatta.

“Tiga lokasi penutupan sepenuhnya adalah di Bulatan Hospital Marudi, Bulatan Kecil Jalan Nakhoda Abang Matasim, dan Simpang Empat Jalan Perpaduan berhampiran Hotel Mount Mulu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, penutupan turut melibatkan jalan-jalan di sekitar Dataran Tebingan Sungai (Waterfront) Marudi.

Bagi mengurangkan kesesakan, Jalan Kampung Cina dan Jalan Muhibbah akan dijadikan laluan utama untuk kenderaan yang menuju ke pekan Marudi.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan agar tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan – kiri dan kanan – terutama di sepanjang laluan dari Jalan Kampung Cina ke Simpang Tiga Lampu Isyarat Jalan Kompleks Sukan serta sepanjang Jalan Muhibbah,” jelasnya.

Pihak polis turut menyeru pengguna jalan raya supaya meletakkan kenderaan di lokasi yang selamat dan tidak menghalang aliran trafik, demi kelancaran perjalanan semua pihak.

Bagi petugas dan peniaga yang terlibat dalam program, mereka dilarang meletakkan kenderaan di kawasan sekitar Dataran Marudi, dan diminta hadir lebih awal sebelum 7.00 malam. Mereka juga perlu mendapatkan pas petugas atau peniaga daripada Pejabat Daerah Marudi.

DSP Nor Aizan menasihatkan semua pengguna jalan raya agar memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dan mematuhi arahan polis sepanjang program berlangsung.

“Rancang perjalanan anda lebih awal dan patuhi arahan keselamatan yang ditetapkan bagi memastikan kejayaan penganjuran Baram Regatta Marudi 2025,” katanya.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pokok tumbang hempap rumah di Lawas, APM ambil masa tiga jam laksanakan operasi
Next: PPWS giat perkasa usahawan wanita melalui program IKS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.