Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Buaya 150kg ditemui mati bersama umpan di Sungai Sarikei
  • WILAYAH

Buaya 150kg ditemui mati bersama umpan di Sungai Sarikei

Utusan Sarawak 11 hours ago
DIPINDAHKAN…. Bangkai buaya dipindahkan ke PKOD APM Sarikei sebelun dibawa ke pejabat SFC Wilayah Sibu. Foto APM Sarikei 

SARIKEI: Buaya betina seberat 150 kilogram (kg) dan 10.3 kaki panjang ditemui mati bersama umpan yang dipasang. 

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Leftenan (PA) Shahrol Azizi Zaidi, berkata pihak Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) memohon kerjasama pihaknya untuk operasi pemindahan buaya di Sungai Sarikei. 

“Operasi ini telah diketuai oleh Pembantu Hidupan Liar, Richard Anyut. 

“Pada operasi hari kelima, seekor buaya dewasa telah dijumpai mati bersama umpan yang dipasang,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

MATI… Buaya betina ditemui mati bersama umpan yang dipasang. Foto APM Sarikei

Katanya, bangkai buaya tersebut kemudian dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sarikei untuk pengambilan data dan sampel oleh pihak SFC. 

“Bangkai buaya seterusnya dibawa ke pejabat SFC Wilayah Sibu untuk tujuan selanjutnya. Operasi ditangguhkan,” katanya.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek jeti, sumbangan PIBG serlah komitmen kepada Tanjung Manis
Next: Hujan berterusan, beberapa kawasan di Marudi dan Long Lama dilanda banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.