Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • STU bakal dapat tanah, bangunan baharu di Samarahan – Premier Sarawak
  • TEMPATAN

STU bakal dapat tanah, bangunan baharu di Samarahan – Premier Sarawak

Utusan Sarawak 12 hours ago
PREMIER Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto Bernama

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) bakal menerima sebidang tanah di Samarahan daripada kerajaan negeri untuk pembinaan bangunan baharu yang akan dijadikan pusat aktiviti termasuk asrama.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata lokasi itu dipilih kerana terdapat banyak institusi pengajian tinggi di sekitar Samarahan selain kedudukannya yang berhampiran dengan bandar raya Kuching serta mudah diakses dari pelbagai arah.

“Kita juga pilih lokasi berdekatan dengan lapangan terbang baharu yang akan dibina di Tanjung Embang supaya memudahkan semua pihak. Inilah masa depan STU yang saya bayangkan,” katanya pada Majlis Makan Malam Jubli Intan ke-60 STU di sini, malam tadi.

Beliau mencadangkan agar bangunan itu bukan sahaja dijadikan asrama, malah digunakan sebagai lokasi penganjuran kursus, seminar dan perhimpunan, selaras dengan agenda pembangunan pendidikan serta infrastruktur negeri.

Abang Johari turut mengumumkan kerajaan Sarawak akan membina makmal sains bersama (common lab) di setiap daerah bagi memastikan semua pelajar dapat mengikuti pembelajaran sains secara lebih berkesan, khususnya di sekolah yang masih belum mempunyai kemudahan tersebut. 

Menurutnya, langkah itu diambil selepas kerajaan mendapati tidak semua sekolah memiliki makmal sains sendiri.

“Bagi mata pelajaran seperti kimia, fizik dan biologi, kemudahan makmal sangat penting untuk pelaksanaan latihan amali. Pembinaan makmal bersama ini akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

“Dengan adanya makmal ini, pelajar dapat mempelajari sains secara lebih praktikal dan teratur,” katanya.

Beliau menambah, makmal berkenaan akan ditempatkan di lokasi strategik setiap daerah dan boleh digunakan bersama oleh sekolah-sekolah berdekatan yang tidak mempunyai makmal sains sendiri.

-Bernama

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: STB masih relevan tapi perlu penambahbaikan – Michael Tiang
Next: Sarawak Metro sambut baik kerjasama dengan Persatuan Ejen Produk Petroleum

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.