Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Fattah, Amira sah suami isteri
  • HIBURAN

Fattah, Amira sah suami isteri

Utusan Sarawak 6 hours ago
DOA selepas Fattah mengucapkan ijab kabul dalam upacara akad nikah.

SEPANG: Dengan sekali lafaz, pasangan pelakon dan penyanyi Fattah Amin dan Amira Othman telah selamat disatukan sebagai suami isteri di di Golden Palm Tree Resort, Sepang, malam ini.

“Alhamdulillah, syukur kerana semuanya dipermudahkan. Terima kasih kepada keluarga, sahabat dan peminat yang sentiasa mendoakan kami,” ujar Fattah kepada pihak media sejurus selesai upacara akad nikah.

Pasangannya, Amira, turut meluahkan rasa syukur kerana kini sah menjadi isteri kepada aktor berkenaan. Beliau menyatakan bahawa dirinya amat bersyukur dan berharap agar doa-doa yang baik sentiasa mengiringi perjalanan baharu mereka sebagai suami isteri.

Majlis akad nikah yang disempurnakan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri itu dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga serta kenalan rapat pasangan berkenaan.

Mengangkat tema Islamik Al-Zauj yang membawa maksud ‘dua jiwa dipertemukan oleh ALLAH’, majlis tersebut mengetengahkan suasana senja dengan konsep sederhana namun sarat makna, selari dengan hasrat kedua-dua mempelai untuk menjadikan hari istimewa mereka sebagai simbol penyatuan penuh keberkatan.

Menambah keistimewaan, pernikahan malam ini turut diadakan sempena ulang tahun kelahiran Fattah sendiri.

Tarikh bersejarah itu dipilih oleh Amira yang menyifatkan perkahwinan mereka sebagai hadiah paling bermakna buat suaminya.

Dalam majlis itu, Fattah menyerahkan mas kahwin seutas gelang emas tunai bersama lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan.

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: AIM24: Aina Abdul menang besar, anggap Siti Nurhaliza titik tertinggi dalam kerjaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.