Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pasukan Trassmerah Kabong juara Tarik Tali Berkasut di Sibu
  • SUKAN

Pasukan Trassmerah Kabong juara Tarik Tali Berkasut di Sibu

Utusan Sarawak 8 hours ago
TAHNIAH…Pasukan Trassmerah Kabong muncul juara Pertandingan Tarik Tali Berkasut Atas Simen sempena Program Bersama Sarawak X-tive 2025 di Dataran Sibu Tun Tuanku Bujang, petang tadi. Foto: Trassmerah Kabong

SIBU: Pasukan Trassmerah dari Kabong sekali lagi membuktikan kehebatan mereka apabila muncul juara Pertandingan Tarik Tali Berkasut Atas Simen sempena Program Bersama Sarawak X-tive 2025 anjuran bersama Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED) dan Titans Legacy, di sini petang tadi.

Aksi penuh dramatik yang berlangsung di Dataran Sibu Tun Tuanku Bujang itu menyaksikan Trassmerah Kabong menewaskan pencabar sengit, King Kong Berantai dari Bintangor, pada perlawanan akhir yang mendapat sorakan gemuruh penonton.

Kemenangan itu membolehkan Trassmerah Kabong membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500 beserta pingat, manakala King Kong Berantai berpuas hati di tempat kedua dengan hadiah RM1,000 dan pingat.

Tempat ketiga menjadi milik KTTS Blackmamba dari Sarikei yang menerima hadiah wang tunai RM800 dan pingat, sementara Triplehook Bintangor menutup saingan di tempat keempat dengan hadiah RM400.

Pengurus pasukan, Mohamad Arbi Rosli berkata kejayaan itu lahir daripada semangat melawan yang tinggi dalam kalangan ahli pasukan selain disiplin serta latihan konsisten yang mereka terapkan.

Beliau optimis persiapan skuadnya selepas terpilih mewakili Sarawak dalam acara tarik tali di Sukan Borneo 2025 dan akan memberi tentangan sengit pada temasya yang dijadual berlangsung dari 24 hingga 28 September ini.

Pertandingan yang menghimpunkan lapan pasukan dari Kabong, Perpat, Sarikei, Bintangor dan Sibu itu berlangsung sengit, dengan sorakan padu penonton membakar semangat para peserta hingga ke detik penentuan.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Speedy Tigress bangkit belasah Singapura 8-1
Next: Kuching City bangkit benam DPMM FC 7-1

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.