Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • AIM24: Aina Abdul menang besar, anggap Siti Nurhaliza titik tertinggi dalam kerjaya
  • HIBURAN

AIM24: Aina Abdul menang besar, anggap Siti Nurhaliza titik tertinggi dalam kerjaya

Utusan Sarawak 14 hours ago
AIM24… Penyanyi bersuara emas Aina Abdul mencatat sejarah peribadi apabila mendominasi Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) dengan memenangi empat kategori utama, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai ikon baharu industri muzik tanah air.

BENTONG: Penyanyi bersuara emas Aina Abdul mencatat sejarah peribadi apabila mendominasi Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) dengan memenangi empat kategori utama, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai ikon baharu industri muzik tanah air.

Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 32, berjaya menggondol tiga trofi menerusi lagu Jangan Mati Rasa Itu, apabila diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Vokal Wanita Terbaik, Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik.

Satu lagi anugerah turut diraih bersama Imamz Peter Chong dan Ezra Kong menerusi album Imaji Deluxe Edition bagi kategori Rakaman Album Terbaik.

Mengulas kejayaan itu, Aina berkata perjalanan seninya banyak dipengaruhi oleh Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin, yang menjadi idolanya sejak di bangku sekolah menengah.

“Saya terlalu mengagumi dan meminati kerjaya Datuk Seri Siti Nurhaliza, hinggakan ibu saya mengambil keputusan untuk menghantar saya ke kelas vokal seawal usia 15 tahun kerana ingin menjadi sepertinya (Siti Nurhaliza), sampailah masuk kolej. 

“Bagi saya, Datuk Seri Siti Nurhaliza adalah antara titik tertinggi dalam hidup dan kerjaya saya,” katanya kepada Bernama selepas majlis anugerah yang berlangsung di Arena of Star, Genting Highland di sinimalam tadi.

Menurut pelantun lagu Puas Sudah itu lagi, kemenangan pada AIM24 adalah sesuatu yang amat istimewa kerana ia antara anugerah yang paling diidam-idamkan dalam hidupnya.

“Ini memang antara anugerah yang saya tunggu kerana selain Anugerah Juara Lagu (AJL), AIM juga dianggap antara yang paling ikonik di Malaysia. Saya memang mengimpikan untuk menggenggam anugerah ini kerana saya rasa ini adalah mikrofon saya. 

“Kemenangan ini juga menjadi penguat semangat terbaharu untuk saya terus berkarya, saya benar-benar tidak menyangka lagu Jangan Mati Rasa Itu dipilih kerana ia sangat bermakna dalam hidup saya. Namun, pada masa sama saya juga berasakan lagu-lagu lain yang bertanding hebat-hebat belaka, jadi kemenangan ini memang luar biasa,” katanya.

Dalam pada itu, Album Belagu 2 terbitan komposer terkenal Aubrey Suwito dinobatkan sebagai Album Terbaik, selain turut meraih kemenangan dalam kategori Susunan Muzik Terbaik menerusi lagu Rindu Menyapa.

Turut mencuri tumpuan, Faizal Tahir menggenggam empat trofi apabila dinobatkan sebagai pemenang Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik bersama Datuk M. Nasir menerusi lagu Campak Bintang, selain meraih kejayaan dalam kategori Lagu Nasyid Terbaik menerusi Biar Satu Dunia Tahu (bersama Mirwana), Lagu Perpaduan Terbaik (Bendera) serta Lagu dengan Hasilan Video Tertinggi di TikTok (Santai).

Acara kemuncak pada malam itu adalah penganugerahan Anugerah Sri Wirama kepada penyanyi nombor satu negara Siti Nurhaliza sebagai penghargaan atas sumbangannya lebih dua dekad dalam industri muzik tanah air.

-Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Marshmallow rangkul juara tarian ‘K-pop Cover’ di Sibu
Next: Fattah, Amira sah suami isteri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.