Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • IPD Sri Aman terima laporan orang hilang dalam insiden perahu karam
  • Selatan
  • WILAYAH

IPD Sri Aman terima laporan orang hilang dalam insiden perahu karam

Utusan Sarawak 15 hours ago
KETUA Polis Daerah Sri Aman…Superintenden Dennis Bunyam.

SIMANGGANG: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman hari ini mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian orang hilang melibatkan seorang lelaki warga emas di Sungai Lubok Empanggu dekat Bayai.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Superintenden Dennis Bunyam berkata, laporan tersebut diterima sekitar 10.00 pagi selepas sebuah perahu yang dinaiki dua mangsa karam ketika membawa muatan buah kelapa sawit.

“Mangsa dikenali sebagai Banggau Ngilah, 71 tahun, berasal dari Rumah Panjang Kemintin Tengah Klauh, Sri Aman. 

“Beliau dilaporkan hilang selepas bot yang dinaikinya bersama menantunya terbalik dipercayai akibat melanggar dahan kayu di tebing sungai,” katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

HILANG… Kedua-dua mangsa difahamkan dalam perjalanan pulang dari ladang sawit dengan membawa muatan buah sawit dan dipercayai melanggar kayu hanyut sebelum karam berhampiran Loji Rawatan Air Bayai. Foto PGO Bomba Sarawak

Menurut beliau, mangsa ketika kejadian dilaporkan memakai baju lengan panjang berwarna kelabu dan biru, seluar panjang hitam serta kasut bot tinggi berwarna hitam.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini sedang giat dijalankan dengan diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sri Aman serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sri Aman.

Dalam insiden tersebut, seorang mangsa iaitu Roys Misen berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing, manakala seorang lagi iaitu Banggau Ngilah hilang dibawa arus.

Sehubungan itu, pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan untuk menghubungi Pegawai Penyiasat, ASP Leonard Mallaca di talian 019-7509390 atau Bilik Gerakan IPD Sri Aman di 083-322035.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pemantauan dipergiat, beberapa kawasan di Marudi dinaiki air
Next: Larian Amal PERKATA 2025 raih RM24,000 bantu anak-anak berkeperluan khas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.