Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Janji pulangan RM42,000, peniaga Sibu rugi RM135,000
  • JENAYAH

Janji pulangan RM42,000, peniaga Sibu rugi RM135,000

Utusan Sarawak 1 day ago
KETUA POLIS DAERAH SIBU…..ACP Zulkipli Suhaili.

SIBU: Seorang peniaga lelaki kerugian sebanyak RM135,000 selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tidak wujud yang ditawarkan melalui aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili, berkata kejadian bermula pada 18 Jun lalu apabila mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an menerima mesej daripada seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai individu dari Kuala Lumpur.

“Suspek menawarkan skim pelaburan saham dikenali sebagai AAPL, dengan janji pulangan lumayan sebanyak RM4.20 bagi setiap unit pelaburan,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Menurut beliau, mangsa telah diminta memuat turun aplikasi berkaitan sebelum dimasukkan ke dalam satu kumpulan WhatsApp yang kononnya memaparkan keuntungan pelaburan secara harian.

“Suspek juga mendakwa bahawa selepas membuat pelaburan awal, mangsa akan menerima keuntungan sebanyak RM42,000,” katanya lagi.

Tertarik dengan tawaran itu, mangsa bersetuju untuk melabur dan mula membuat pemindahan wang ke dalam akaun bank tempatan yang diberikan oleh suspek.

“Antara 4 hingga 9 September, mangsa telah membuat 18 transaksi berjumlah keseluruhan RM135,000,” jelas Zulkipli.

Namun selepas pembayaran dibuat, mangsa mendapati tiada keuntungan dapat dikeluarkan seperti yang dijanjikan. Sebaliknya, suspek terus mendesak agar mangsa menambah jumlah pelaburan.

“Menyedari dirinya telah ditipu, mangsa akhirnya tampil membuat laporan polis,” katanya.

Polis kini telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

ACP Zulkipli turut mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan sebarang tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan tidak munasabah, terutama melalui media sosial dan aplikasi pesanan.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Ahli perniagaan rugi RM570,000 akibat skim pelaburan palsu
Next: Lima pegawai Imigresen ditahan: SPRM sita 3.2 kg emas, 20 jam tangan, lot tanah, kereta mewah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.