Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lelaki hilang selepas bot dinaiki karam berdekatan Loji Rawatan Air Bayai
  • WILAYAH

Lelaki hilang selepas bot dinaiki karam berdekatan Loji Rawatan Air Bayai

Utusan Sarawak 12 hours ago
HILANG… Kedua-dua mangsa difahamkan dalam perjalanan pulang dari ladang sawit dengan membawa muatan buah sawit dan dipercayai melanggar kayu hanyut sebelum karam berhampiran Loji Rawatan Air Bayai. Foto PGO Bomba Sarawak

SIMANGGANG: Seorang selamat manakala seorang lagi dilaporkan hilang selepas bot yang dinaiki mereka karam berhampiran Loji Rawatan Air Bayai, dekat sini pagi tadi.

Pada kejadian kira-kira 10.10 pagi itu, dua mangsa terbabit yang dikenali sebagai Roys Misen dan Banggau Ngilah dilaporkan dalam perjalanan pulang dari ladang sawit dengan membawa muatan buah sawit. Bot mereka dipercayai melanggar kayu hanyut sebelum karam.

Menurut Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Muhammad Rais Adham Rosalan, seorang mangsa, Roys Misen, berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tepi, manakala seorang lagi mangsa iaitu Banggau Ngilah berusia 71 tahun yang juga ayah mertuanya, hilang dibawa arus.

HILANG… Kedua-dua mangsa difahamkan dalam perjalanan pulang dari ladang sawit dengan membawa muatan buah sawit dan dipercayai melanggar kayu hanyut sebelum karam berhampiran Loji Rawatan Air Bayai. Foto PGO Bomba Sarawak

“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan I Noor Faqriakmal Jamari segera digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman. 

“Pasukan tiba di lokasi pada 10.22 pagi, iaitu 12 minit selepas panggilan diterima,” katanya.

Tambahnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan dengan kaedah pencarian permukaan air di kawasan kejadian. 

HILANG… Kedua-dua mangsa difahamkan dalam perjalanan pulang dari ladang sawit dengan membawa muatan buah sawit dan dipercayai melanggar kayu hanyut sebelum karam berhampiran Loji Rawatan Air Bayai. Foto PGO Bomba Sarawak

Namun, beliau memaklumkan bahawa talian komunikasi telefon dan frekuensi GIRN kurang memuaskan, sedikit menjejaskan kelancaran operasi.

Dalam pada itu, seramai tiga anggota bersama sebuah jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) BBP Sri Aman terlibat dalam operasi berkenaan yang turut dibantu oleh Polis Sri Aman.

Setakat ini, operasi SAR masih diteruskan dan perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Peruntukan RM185,000 kukuhkan komuniti Balai Ringin
Next: Sukarelawan BSMM jadi tonggak utama dalam sistem kesihatan komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.