Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Marshmallow rangkul juara tarian ‘K-pop Cover’ di Sibu
  • HIBURAN

Marshmallow rangkul juara tarian ‘K-pop Cover’ di Sibu

Utusan Sarawak 14 hours ago
ADUN Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek (tengah) menyampaikan hadiah kemenangan kepada kumpulan Marshmallow yang dinobat sebagai juara pertandingan tarian K-pop Cover, malam tadi.

SIBU: Kumpulan Marshmallow muncul juara pertandingan tarian ‘K-pop Cover’ sempena acara ‘Blast Your Stage 2025’ dan ‘The Stage 7.0’ yang berlangsung di Stadium Tertutup Sibu malam tadi.

Hasil kemenangan itu, Marshmallow membawa pulang hadiah wang tunai RM8,000 beserta sijil.

Kumpulan Genmai diumumkan sebagai naib juara dan menerima hadiah wang tunai RM6,000, manakala tempat ketiga dimenangi kumpulan Majority yang membawa pulang RM4,000.

Kedua-dua kumpulan itu turut menerima sijil, trofi dan hamper.

PERSEMBAHAN bertenaga daripada beberapa kumpulan.

Sementara itu, kumpulan I-OLA, Valerinx, Swan D dan 8dios masing-masing menerima hadiah sagu hati.

Bagi kategori cabaran tarian dalam talian, kemenangan berpihak kepada Elements Studio dan Nanaaaa_1018 (Hadiah Misteri), manakala kumpulan Swan D dinobatkan sebagai pemenang Kostum Terbaik.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek.

PERSEMBAHAN bertenaga daripada beberapa kumpulan.

Beliau berkata platform itu yang bermula sejak 2023 kini berkembang menjadi pentas utama K-pop di Borneo dengan menghimpunkan bakat dari Malaysia, Singapura, Taiwan, Korea Selatan, Indonesia dan beberapa negara lain.

“Kehadiran kira-kira 2,000 penonton, acara ini bukan sahaja meraikan pertandingan semata-mata malah meraikan belia, kreativiti dan kuasa tarian yang mampu menghubungkan budaya,” katanya.

PERSEMBAHAN bertenaga daripada beberapa kumpulan.

Beliau berkata pertandingan tahun ini menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM21,000 sama seperti tahun lalu dan merupakan yang tertinggi di Malaysia bagi pertandingan K-pop.

“Kepada semua penari, inilah malam anda, pentas anda dan saat anda untuk bersinar. Tunjukkan bakat luar biasa yang kita miliki di Sibu,” katanya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: DiCaprio bintangi filem One Battle After Another
Next: AIM24: Aina Abdul menang besar, anggap Siti Nurhaliza titik tertinggi dalam kerjaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.