Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lima terselamat dalam kejadian kemalangan kendiri 
  • KEMALANGAN

Lima terselamat dalam kejadian kemalangan kendiri 

Utusan Sarawak 14 hours ago

KEMALANGAN kendiri melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Aruz di Lebuh Raya Pan Borneo dekat Kampung Selantik, pagi tadi. Foto PGO Bomba Sarawak

PANTU: Sebuah kenderaan jenis Perodua Aruz yang membawa lima penumpang terbabas ke bahu jalan dalam satu kemalangan kendiri di Lebuh Raya Pan Borneo dekat Kampung Selantik, pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, panggilan kecemasan diterima pada 11.38 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman yang diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan l, Mohamad Fadhli Buyong digerakkan ke lokasi.

Pasukan tiba di lokasi pada 12.15 tengah hari dengan kekuatan tujuh anggota menggunakan sebuah jentera penyelamat kebakaran (FRT) dan sebuah jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

PGO berkata semua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan bomba.

Daripada lima mangsa, dua daripadanya telah dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS untuk rawatan lanjut.

Tiga lagi mangsa masih menunggu tindakan daripada pihak Polis dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Operasi ditamatkan setelah keadaan terkawal dan mangsa berjaya diserahkan kepada pihak berkaitan untuk tindakan susulan.

Oleh Adi Safarman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Dua lelaki cedera dalam kemalangan di Simpang Malong
Next: Seorang maut, dua cedera parah, enjin bot meletup di Tatau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.