Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Peruntukan RM120,000 manfaat Rumah Lidum, siap Mac 2026
  • WILAYAH

Peruntukan RM120,000 manfaat Rumah Lidum, siap Mac 2026

Utusan Sarawak 20 hours ago
BIRO Wanita Rumah Panjang Tuai Rumah Lidum menerima peruntukan sebanyak RM2,000 untuk membeli perkakas dapur, manakala RM10,000 turut disalurkan bagi melaksanakan pelbagai aktiviti bermanfaat untuk komuniti.

JULAU: Projek pembinaan tangga dan platform bernilai RM120,000 di Rumah Lidum, Nanga Enseluai dijangka memberi manfaat kepada 25 bilik rumah panjang berkenaan apabila siap sepenuhnya pada 2 Mac 2026.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan, Rolland Duat Jubin, berkata kemudahan itu akan memudahkan penghuni rumah panjang menggunakan air sungai dengan lebih selamat dan teratur bagi aktiviti harian mereka.

“Selain projek infrastruktur ini, turut ditekankan kepentingan pendidikan serta galakan kepada penghuni untuk meningkatkan sumber pendapatan melalui aktiviti pertanian.

“Turut diperkenalkan ialah teknologi penapisan air terkini iaitu penapis seramik yang mampu membekalkan air bersih dan selamat kepada komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah projek tersebut, hari ini.

Pada majlis yang sama, Biro Wanita Rumah Panjang Tuai Rumah Lidum menerima peruntukan sebanyak RM2,000 untuk membeli perkakas dapur, manakala RM10,000 turut disalurkan bagi melaksanakan pelbagai aktiviti bermanfaat untuk komuniti.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Komuniti Ulu Ai Kanan dilatih tangani kecemasan
Next: Kasihnya Warisan pertahan gelaran juara Regata Tatau 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.