Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Komuniti Ulu Ai Kanan dilatih tangani kecemasan
  • Tengah
  • WILAYAH

Komuniti Ulu Ai Kanan dilatih tangani kecemasan

Utusan Sarawak 16 hours ago
 LATIHAN Respon Kecemasan bersama komuniti Ulu Ai Kanan telah berjaya dilaksanakan dari 8 hingga 11 September lalu di Nanga Sumpa dan Nanga Delok. Foto: APM Lubok Antu

LUBOK ANTU: Latihan Respon Kecemasan bersama komuniti Ulu Ai Kanan dengan kerjasama Konservasi Ulu Ai (UAC) dan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia telah berjaya dilaksanakan dari 8 hingga 11 September lalu di Nanga Sumpa dan Nanga Delok.

Program empat hari itu menghimpunkan seramai 165 peserta terdiri daripada anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Lubok Antu, jurulatih PUSPA, APM Sri Aman serta penduduk rumah panjang setempat.

Latihan berfokus kepada modul asas pertolongan cemas termasuk latihan resusitasi kardiopulmonari (CPR), rawatan luka, balutan dan kepatahan tulang. Peserta turut didedahkan dengan latihan asas melawan kebakaran dan teknik menyelamat di air.

Objektif utama inisiatif ini adalah memberi pendedahan awal kepada penduduk rumah panjang dalam menghadapi situasi kecemasan, memandangkan lokasi mereka jauh dari fasiliti kesihatan dan berdepan cabaran perjalanan.

Selain latihan praktikal, sesi simulasi turut diadakan bagi meningkatkan keyakinan komuniti setempat dalam memberi respon pantas sebelum bantuan profesional tiba.

Kerjasama strategik antara agensi keselamatan, badan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti ini diharap dapat memperkukuh kesiapsiagaan serta mengurangkan risiko kemalangan menjadi lebih serius.

Sepanjang program berlangsung, semua aktiviti berjalan lancar dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Program Korektif Penjara Miri fokus kesedaran, kesihatan dan kerjaya
Next: Peruntukan RM120,000 manfaat Rumah Lidum, siap Mac 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.