Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Korektif Penjara Miri fokus kesedaran, kesihatan dan kerjaya
  • Utara
  • WILAYAH

Program Korektif Penjara Miri fokus kesedaran, kesihatan dan kerjaya

Utusan Sarawak 13 hours ago
KENANGAN….Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (Pembangunan Keusahawanan), Datuk Ripin Lamat (duduk empat dari kanan) bergambar bersama penghuni, ahli keluarga dan wakil agensi selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Program Jangkauan Korektif di Penjara Pusat Miri, semalam.

MIRI: Seramai 14 penghuni Penjara Pusat Miri bersama 30 ahli keluarga masing-masing menyertai Program Jangkauan Korektif: Daripada Kesilapan Ke Kejayaan – Perjalanan Pemulihan di Dewan Serbaguna penjara berkenaan semalam.

Program anjuran bersama Kementerian Kesihatan (KKM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) itu bertujuan memberikan pendedahan berkaitan kesihatan, pencegahan dadah serta peluang pekerjaan selepas tempoh hukuman tamat.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (Pembangunan Keusahawanan), Datuk Dr Ripin Lamat, yang menutup program tersebut berkata, masyarakat harus bersikap terbuka dan memberi peluang kedua kepada bekas penghuni penjara untuk kembali membina kehidupan.

Dalam masa sama, Penjara Pusat Miri turut merakamkan penghargaan kepada pihak majikan yang menawarkan peluang pekerjaan kepada penghuni melalui Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL).

Program seumpama ini dilihat sebagai platform penting untuk memupuk kesedaran, menggalakkan interaksi positif antara penghuni dan keluarga, serta mempersiapkan mereka untuk reintegrasi ke dalam masyarakat selepas pembebasan.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Lampu isyarat pertama Marudi dirasmikan, persiapan awal Regatta Baram 2025
Next: Komuniti Ulu Ai Kanan dilatih tangani kecemasan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.