Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Polis minta bantuan kesan wanita warga emas hilang di Mukah
  • TEMPATAN

Polis minta bantuan kesan wanita warga emas hilang di Mukah

Utusan Sarawak 1 day ago
ORANG HILANG…Orang ramai diminta untuk membantu mengesan Muhaini Jubaidi yang hilang sejak Rabu lalu. Foto: IPD Mukah

MUKAH: Polis meminta kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan seorang wanita warga emas berusia 75 tahun yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias berkata, wanita tersebut, Muhaini Jubaidi, dilaporkan kali terakhir dilihat pada 10 September sekitar 8.00 malam.

“Laporan polis mengenai kehilangan mangsa dibuat hari ini, sekitar 8.44 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhaini yang berasal dari Kampung Bunut, Mukah mempunyai ketinggian kira-kira 132 sentimeter, berat 42 kilogram, berkulit sawo matang, berbadan kurus serta memakai cermin mata.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Mejar Abdul Rahman Maerrad di talian 013-8029577, Pusat Kawalan IPD Mukah di talian 084-871222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Malaysia semakin menyerlah sebagai hab semikonduktor serantau
Next: JPVS: Vaksinasi dan tindakan segera kunci cegah rabies

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.