Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Malaysia semakin menyerlah sebagai hab semikonduktor serantau
  • TEMPATAN

Malaysia semakin menyerlah sebagai hab semikonduktor serantau

Utusan Sarawak 2 days ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis perasmian peluasan fasiliti X-FAB Sarawak hari ini. Turut hadir Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto BERNAMA

KUCHING: Malaysia kini semakin menonjol sebagai hab semikonduktor utama di rantau ini, hasil daripadakeyakinan kukuh pelabur antarabangsasertakerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sarawak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika merasmikan projek perluasan bernilai RM3 bilion fasiliti pembuatan semikonduktor X-FAB Sarawak 40K di Kuching yang menyaksikan peningkatan kapasiti pengeluaran wafer daripada 30,000 kepada 40,000 sebulan.

“Malaysia kini berada di landasan tepat sebagai hab semikonduktor serantau kerana kita bukan sahaja mempunyai infrastruktur, tetapi juga rantaian bekalan dan ekosistem yang mantap. 

“Apa yang lebih penting adalah tenaga kerja berdisiplin yang mampu menampung keperluan industri,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan terhadap prestasi Sarawak dalam menarik pelaburan asing, dengan menyifatkan kepimpinan negeri sebagai progresif dan memudahkan urusan pelabur. 

“Saya berterima kasih kepada kerajaan negeri di bawah kepimpinan Premier Abang Johari kerana menjadikan tugas saya sebagai Perdana Menteri lebih mudah.

“Dengan kelulusan yang pantas, insentif yang menarik serta dasar yang jelas, Sarawak kini menjadi contoh teladan kepada negeri-negeri lain,” katanya.

Tambah beliau, pelaburan X-FAB bukan sekadar menambah kapasiti, tetapi membawa masuk automasi serta kecerdasan buatan (AI) dalam proses fabrikasi, menjadikan Sarawak salah satu pusat pengeluaran cip berteknologi tinggi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

“RM3 bilion yang dilaburkan di Kuching ini bukan sahaja melambangkan keyakinan syarikat terhadap Malaysia, malah mengangkat Sarawak sebagai hab semikonduktor yang strategik, setanding dengan Pulau Pinang, Kulim, Johor dan negeri-negeri lain.

“Saya menggesa agar wujud sinergi lebih erat antara industri dan universiti bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi, khususnya dalam bidang kecerdasan buatan, automasi dan kejuruteraan semikonduktor,” ujarnya.

Kejayaan tersebut menjadikan Malaysia semakin hampir merealisasikan aspirasi Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan Strategi Nasional Semikonduktor (NSS) yang menyasarkan negara sebagai peneraju global dalam industri bernilai tinggi.

Majlis turut dihadiri Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Pegawai Eksekutif X-FAB Group, Rudi De Winter.

Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: PM gesa kerjasama pro bono antara industri semikonduktor, universiti
Next: Polis minta bantuan kesan wanita warga emas hilang di Mukah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.