Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lampu isyarat pertama Marudi dirasmikan, persiapan awal Regatta Baram 2025
  • Utara
  • WILAYAH

Lampu isyarat pertama Marudi dirasmikan, persiapan awal Regatta Baram 2025

Utusan Sarawak 12 hours ago
PENERANGAN…Datuk Dr Penguang Manggil diberi taklimat daripda kontraktor mengenai sistem lampu isyarat yang telah dilaksanakan di Marudi. Foto : JIKU JUGUONG

MARUDI: Daerah Marudi hari ini mencatat sejarah apabila sistem lampu isyarat pertama dilancarkan secara rasmi bagi membantu kelancaran trafik dan menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Penguang Manggil, di hadapan Stesen Minyak Petronas Marudi.

Menurut Penguang, pelaksanaan sistem lampu isyarat ini merupakan langkah penting ke arah menyediakan kemudahan lalu lintas yang lebih teratur, moden dan selamat untuk penduduk setempat.

GIMIK…Datuk Dr Penguang Manggil menyempurnakan perasmian Lampu Isyarat Majlis Daerah Marudi. Foto : JIKU JUGUONG

“Walaupun sistem ini masih dalam peringkat percubaan, ia amat penting khususnya menjelang penganjuran Regatta Baram 2025 yang dijangka menarik ribuan pengunjung,” katanya semasa menyampaikan ucapan sempena lawatan ke tapak projek Lampu Isyarat Pintar dan projek pembangunan lain di bawah Majlis Daerah Marudi (MDM).

Beliau turut memaklumkan bahawa Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dijadualkan merasmikan Regatta Baram 2025 yang akan berlangsung dari 18 hingga 21 September ini.

Selain itu, Premier turut dijangka menyempurnakan majlis pecah tanah pembinaan jalan baharu Miri–Marudi yang akan diadakan di Dataran Marudi pada 20 September 2025.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: LAKMD perkukuh sokongan, tambah baik kemudahan PDK Al-Syafie Daro
Next: Program Korektif Penjara Miri fokus kesedaran, kesihatan dan kerjaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.